1)
Anak mata : Bulatan kecil di tengah-tengah mata.
Ayat : Penglihatan datuk kabur kerana masalah
anak mata.
2)
Angkat mata : Menunjukkan sikap melawan.
Ayat : Sarip
angkat mata apabila dimarahi Cikgu Ishak.
3)
Balik mata : Berpura-pura tidak tahu.
Ayat : Lan
balik mata tentang kejadian yang berlaku di rumahnya.
4)
Beradu mata : Berpandangan / bertentang mata.
Ayat : Saya takut untuk
beradu mata dengan guru besar yang garang itu.
5)
Berat mata : Mengantuk.
Ayat : Rita sentiasa
berat mata ketika cikgu mengajar di dalam kelas.
6)
Cahaya mata : Anak
Ayat : Pasangan itu baru mendapat seorang
cahaya mata setelah dua tahun berkahwin.
7)
Cenderamata : Hadiah kenang-kenangan
Ayat : Suzana membeli
cenderamata untuk rakan-rakannya ketika melawat negeri Melaka.
8)
Cuci mata : Melihat sesuatu yang menyeronokkan.
Ayat : Setiap petang, abang bersiar-siar di tepi pantai sambil
cuci mata.
9)
Ekor mata : Penjuru mata / jelingan
Ayat : Adik Siti memandang saya dengan
ekor mata sahaja.
10)
Gelap mata : Hilang pertimbangan kerana mengejar kemewahan/tamak kerana dipengaruhi wang.
Ayat : Pegawai bank itu menjadi
gelap mata setelah menerima rasuah berupa wang tunai.
11)
Gergaji mata dua : Mendapat untung daripada dua pihak.
Ayat : Ah Seng mengambil kesempatan daripada pergaduhan Teong Hin dan Eng Hong. Dia seperti
gergaji mata dua.
12)
Main mata : Isyarat dengan menggunakan mata.
Ayat : Lelaki tampan itu ber
main mata dengan gadis jelita di sebalik tingkap.
13)
Mata air : Orang yang dicintai atau disayangi / kekasih
Ayat : Laili ada temu janji dengan
mata airnya.
14)
Mata duitan : Mementingkan wang.
Ayat : Janet ialah gadis
mata duitan dan telah pun berkahwin dengan seorang jutawan tua.
15)
Mata jering : Mata yang besar tetapi tak nampak.
Ayat : Walaupun dia mempunyai
mata jering tetapi dia sukar melihat dengan jelas.
16)
Mata keranjang : Lelaki yang suka melihat perempuan cantik.
Ayat : Teman lelakinya
mata keranjang.
17)
Mata pencarian : Pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil.
Ayat :
Mata pencarian penduduk Kampung Cherating ialah menagkap ikan.
18)
Menjolok mata : Sesuatu yang tak elok dipandang.
Ayat : Rini memakai pakaian yang
menjolok mata sehingga ditegur oleh ketua pejabatnya.
19)
Putih mata : Kecewa kerana tak dapat sesuatu yang diharapkan.
Ayat : Dia
putih mata apabila kalah dalam pertandingan itu.
20)
Rambang mata : Sukar memilih kerana semuanya sama.
Ayat : Puan Zaiton
rambang mata memilih baju di pasar raya itu kerana semuanya cantik.
21)
Sakit mata : Benci melihat sesuatu.
Ayat : Sampah sarap yang bertaburan di tepi jalan utama menyebabkan orang ramai
sakit mata.
22)
Tajam mata : Tenungan yang tajam.
Ayat : Harimau ialah binatang yang
tajam mata.
23)
Tanda mata : Barang atau hadiah sebagai kenang-kenagan.
Ayat : Guru besar telah menyampaikan
tanda mata kepada perasmi yang telah merasmikan Hari
Anugerah sekolah.
24)
Tutup mata : Tidak menghiraukan sesuatu yang berlaku.
Ayat : Pengawas sekolah hanya
tutup mata apabila melihat rakan mereka melakukan kesalahan.