TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menunjukkan sesuatu maksud yang lain daripada erti yang sebenar. Pembaca kadang kala boleh mengagak maksudnya secara spontan. Diharap murid-murid dapat belajar untuk menikmati dan menggunakan simpulan bahasa dengan luas dalam kehidupan seharian

Friday, 25 November 2011

MUTIARA KATA

  • Tangan yang memberi lebih mulia dari yang menerima.
  •  Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
    Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis.
  • Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.
  • Harta tidak akan berkurang kerana sedekah dan melakukan amal.
  • Sahabat sejati umpama pohon rendang tempat kita berteduh.
  • Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.
  • Pemimpin yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya.
  • Menyesal tidak berbicara lebih baik daripada menyesal berbicara.
  • Sesungguhnya orang yang berakal itu menyembunyikan rahsianya, dan orang yang jahil membuka keaibannya.
  • Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya.
  • Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
  • Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti – Hukama
  • Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya ~ Confucius
  • Hidup biar beradab, bukan hidup untuk biadap – Al-Ghazali Bayruni
  • Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat – Beng Tju
  • Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa agama adalah lumpuh -Albert Einstein
  • Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.
  • Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan. 
  • Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.
  • Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
  • Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.
  • Kemaafan mungkin amat berat untuk diberikan kepada orang yang pernah melukai hati kita. Tetapi hanya dengan memberi kemaafan sahajalah kita akan dapat mengubati hati yang telah terluka.
  • Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.
  • Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan.
  • Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
  • Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya.
  • Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya.
  • Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan
  • Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali
  • Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

No comments:

Post a Comment