TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menunjukkan sesuatu maksud yang lain daripada erti yang sebenar. Pembaca kadang kala boleh mengagak maksudnya secara spontan. Diharap murid-murid dapat belajar untuk menikmati dan menggunakan simpulan bahasa dengan luas dalam kehidupan seharian

Sunday, 4 December 2011

KAKI

1. Alas kaki : Tempat meletakkan kaki sewaktu sedang duduk.
Ayat : Kerusi itu khas untuk datuk kerana mempunyai alas kaki.

2. Angkat kaki : Meninggalkan sesuatu tempat.
Ayat : Sebelum majlis itu selesai, Ruhani terlebih dahulu angkat kaki.

3. Goyang kaki : Hidup tanpa perlu bekerja / malas bekerja.
Ayat : Dia hanya goyang kaki  kerana ayahnya orang kaya.

4. Jadi kaki : Ahli kumpulan
Ayat : Farok menyesal jadi kaki kumpulan jahat itu.

5. Kaki ayam : Tidak berkasut.
Ayat : Adik suka bermain kaki ayam  sahaja.

6. Kaki bangkang : Suka membantah
Ayat : Mahmud tidak diajak berbincang kerana dia kaki bangkang.

7. Kaki bangku : Tidak pandai bermain bola sepak.
Ayat : Setiap kali rakan-rakan bermain bola sepak, Razak hanya  berada di tepi padang kerana dia kaki bangku.

8. Kaki bola : Suka akan permainan bola sepak.
Ayat : Ayah saya memang kaki bola kerana suka menyaksikan perlawanan bola sepak di stadium.

9. Kaki borak : Suka berbual
Ayat : Pak Tam suka duduk di kedai kopi, kerana dia kaki borak.

10. Kaki  botol : Suka minum minuman keras.
Ayat : Bapa Ravi sering pulang lewat dalam keadaan mabuk kerana dia kaki botol.

11. Kaki judi : Suka berjudi
Ayat : Ramai kaki judi pergi ke China untuk berjudi.

12. Kaki kipas : Suka mengampu
Ayat : Semua rakan pejabat tahu Ah Meng ialah kaki kipas.

13. Kaki langit : Tempat laut dan langit bertemu atau ufuk.
Ayat : Saya suka melihat pemandangan kaki langit yang indah pada waktu senja.

14. Kaki lima : Kawasan laluan di hadapan kedai.
Ayat : Ramai peminta sedekah berada di kaki lima itu pada waktu petang.

15. Kaki pukul : Samseng
Ayat : Dua orang kaki pukul diburu pihak polis.

16. Patah kaki : Hilang kemudahan yang dikecapi.
Ayat : Aznan patah kaki kerana motor yang selalu digunakannya telah rosak.

17. Putih tapak kaki : Lari kerana ketakutan.
Ayat : Rosdan putih tapak kaki apabila dikejar oleh anjing garang itu.

18.Rantai kaki : Tidak boleh keluar dari rumah.
Ayat : Lelaki yang kurang waras itu telah kena rantai kaki kerana tidak dibenarkan pergi jauh.

Saturday, 3 December 2011

JOM JAWAB SOALAN 3

Bulatkan jawapan yang betul.

1. Hazman disukai oleh ketuanya kerana rajin serta ______________ orangnya.
A. putih hati                                          
B. putih mata
C. berat tulang
D. kaki sembang

2. Shapian memang __________ kerana dapat menyelesaikan masalah mmatematik dengan mudah.
A. buta huruf
B. cakar ayam
C. otak geliga
D. buah fikiran

3. Haiqal telah ________________ dengan Syafiqah dan ingin melamarnya.
A. makan hati
B. jatuh hati
C. kecil hati
D. Iri hati

4. Jangan suruh Azri memandu kereta pada waktu senja kerana dia _________________.
A. buta huruf
B. sakit mata
C. rabun ayam
D. rambang mata

5.Seman tidak mahu mendengar nasihat ibu bapanya kerana dia __________________.
A. kaki bola
B. kaki ayam
C. keras kepala
D. kera sumbang

6. Ketika pencuri memasuki rumah jirannya, Aisyah baru _________________________.
A. ringan kepala
B. darah gemuruh
C. mata keranjang
D. tidur-tidur ayam

7. Tulisan Roslan yang __________________ menyebabkan guru kelas susah untuk menyemak buku latihannya.
A. ambil mudah
B. cakar ayam
C. pening lalat
D. puas hati

8. Orang kaya baru itu telah _________________ dan sangat sombong.
A. makan hati
B. mandi peluh
C. lupa daratan
D. nyawa-nyawa ikan

9. Umaira __________________ orangnya kerana suka membantu ibu memasak di dapur.
A. ringan tangan
B. ringan mulut
C. tangkai jering
D. tangan terbuka

10. Encik Shapian dan Puan Suzana telah mendapat empat orang _________________ setelah sepuluh  tahun berkahwin.
A. anak buah
B. anak emas
C. anak angkat
D. cahaya mata

JOM JAWAB SOALAN 2

Tulis maksud simpulan bahasa di bawah.

1. Alas perut : _________________________________________________.

2. Ayam tambatan :  ____________________________________________.

3. Batu api : __________________________________________________.

4. Berat tulang : _______________________________________________.

5. Buruk siku : ________________________________________________.

6. Cahaya mata : ______________________________________________.

7. Cakar ayam : _______________________________________________.

8. Gelap hati : _________________________________________________.

9. Kecil hati : _________________________________________________.

10. Mandi kerbau : ____________________________________________.

JOM JAWAB SOALAN 1

Gariskan jawapan yang betul.
1. Amin hanya duduk di tepi padang sambil melihat rakan-rakannya bermain bola sepak kerana dia _____________.
(kaki bangku / ayam tambatan)

2. Nadiah disukai oleh jiran-jirannya kerana dia ________
________. (anak emas / ringan tulang)

3. Sufyah digelar ________________ kerana selalu pergi ke perpustakaan dan suka membaca buku.
(ulat buku / cakar ayam)

4. Iman gagal mendapat tempat dalam pertandingan itu tetapi dia tetap diberi ______________ untuk dibawa pulang. (mata duitan / sagu hati)

5. Walaupun Salleh seorang yang kaya tetapi dia________
____________. (tangkai jering / mata jering)
(