TAK KENAL MAKA TAK CINTA

Simpulan bahasa ialah perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menunjukkan sesuatu maksud yang lain daripada erti yang sebenar. Pembaca kadang kala boleh mengagak maksudnya secara spontan. Diharap murid-murid dapat belajar untuk menikmati dan menggunakan simpulan bahasa dengan luas dalam kehidupan seharian

Thursday, 24 November 2011

MATA


 






1) Anak mata : Bulatan kecil di tengah-tengah mata.
    Ayat : Penglihatan datuk kabur kerana masalah anak mata.

2) Angkat mata : Menunjukkan sikap melawan.
    Ayat : Sarip angkat  mata apabila dimarahi Cikgu Ishak.

3) Balik mata : Berpura-pura tidak tahu.
    Ayat : Lan balik mata tentang kejadian yang berlaku di rumahnya.

4) Beradu mata : Berpandangan / bertentang mata.
    Ayat : Saya takut untuk beradu mata dengan guru besar yang garang itu.

5) Berat mata : Mengantuk.
    Ayat : Rita sentiasa berat mata ketika cikgu mengajar di dalam kelas.

6) Cahaya mata : Anak
    Ayat : Pasangan itu baru mendapat seorang cahaya mata setelah dua tahun berkahwin.

7) Cenderamata : Hadiah kenang-kenangan
    Ayat : Suzana membeli cenderamata untuk rakan-rakannya ketika melawat negeri Melaka.

8) Cuci mata : Melihat sesuatu yang menyeronokkan.
    Ayat : Setiap petang, abang bersiar-siar di tepi pantai sambil cuci mata.

9) Ekor mata : Penjuru mata / jelingan
    Ayat : Adik Siti memandang saya dengan ekor mata sahaja.

10) Gelap mata : Hilang pertimbangan kerana mengejar kemewahan/tamak kerana dipengaruhi wang.
    Ayat : Pegawai bank itu menjadi gelap mata setelah menerima rasuah berupa wang tunai.

11) Gergaji mata dua : Mendapat untung daripada dua pihak.
      Ayat : Ah Seng mengambil kesempatan daripada pergaduhan Teong Hin dan Eng Hong. Dia seperti
      gergaji mata dua.

12) Main mata : Isyarat dengan menggunakan mata.
      Ayat : Lelaki tampan itu bermain mata dengan gadis jelita di sebalik tingkap.

13) Mata air : Orang yang dicintai atau disayangi / kekasih
     Ayat : Laili ada temu janji dengan mata airnya.

14) Mata duitan : Mementingkan wang.
      Ayat : Janet ialah gadis mata duitan dan telah pun berkahwin dengan seorang jutawan tua.

15) Mata jering : Mata yang besar tetapi tak nampak.
      Ayat : Walaupun dia mempunyai mata jering tetapi dia sukar melihat dengan jelas.

16) Mata keranjang : Lelaki yang suka melihat perempuan cantik.
      Ayat : Teman lelakinya mata keranjang.

17) Mata pencarian : Pekerjaan yang boleh mendatangkan hasil.
      Ayat : Mata pencarian penduduk Kampung Cherating ialah menagkap ikan.

18) Menjolok mata : Sesuatu yang tak elok dipandang.
      Ayat : Rini memakai pakaian yang menjolok mata sehingga ditegur oleh ketua pejabatnya.

19) Putih mata : Kecewa kerana tak dapat sesuatu yang diharapkan.
      Ayat : Dia putih mata apabila kalah dalam pertandingan itu.

20) Rambang mata : Sukar memilih kerana semuanya sama.
      Ayat : Puan Zaiton rambang mata memilih baju di pasar raya itu kerana semuanya cantik.

21) Sakit mata : Benci melihat sesuatu.
      Ayat : Sampah sarap yang bertaburan di tepi jalan utama menyebabkan orang ramai sakit mata.

22) Tajam mata : Tenungan yang tajam.
      Ayat : Harimau ialah binatang yang tajam mata.

23) Tanda mata : Barang atau hadiah sebagai kenang-kenagan.
      Ayat : Guru besar telah menyampaikan tanda mata kepada perasmi yang telah merasmikan Hari
      Anugerah sekolah.

24) Tutup mata : Tidak menghiraukan sesuatu yang berlaku.
      Ayat : Pengawas sekolah hanya tutup mata apabila melihat rakan mereka melakukan kesalahan.

5 comments:

  1. Ayat untuk mata-mata tak ada ke cg

    ReplyDelete
  2. πŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŽπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ‘ŠπŸ€›πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ˜‘πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ₯΄πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­πŸ€­

    ReplyDelete
  3. Ayat untuk otak kering tak ada ke cikgu

    ReplyDelete
  4. U orang yang mata.tak de untuk ayat untuk mata🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬🀬😑😑😑😑😑😑😠😠😠😠😠😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀😀

    ReplyDelete